Telaga Paling Dibenci Allah Subḥānahu Wataʿālā

Telaga paling diben-ci Allah subḥānahu wataʿālā ialah Telaga Barhoot, بئر برهوت terletak di Hadramawt Yaman

Sabda Nabi Ṣallallāhu ′alaihi wassallam Telaga Barhoot, tempat roh Ka-fir dan muna-fiqun.

Bila kita ma-ti, setiap roh akan naik ke pintu langit. Dibuka pintu langit kepada Mukmin yang betul betul terpilih dan yang malang dihum-ban kembali kedunia ke telaga Wadi Barhoot ini.

Wadi area sini berbau bu-suk. Padang Sahra biasanya tiada sumur. Tapi berbeza disini. Biasanya wadi disahra akan tertutup dengan pasir dalam 2 3 hari. Tapi berbeza wadi Barhoot ini. Bila disumur ini kita akan dengar suara air dan suara yang menyeramkan. Ular dan burung merpati putih ada ditelaga ini. kedalaman dikatakan 300++ dan ada yang mengatakan tidak dapat dipastikan kedalamannya. Sangat gelap dan sukar dikaji hatta pengkaji dari eropah dah sampai tapi tak dapat teruskan kerana camera akan rosak serta merta bila masuk ke dalam paras gelap

Pernah ada pengkaji yaman masuk kedalam telaga ini. Masuk kedalam diminta ditarik dengan cepat tapi yang tinggal hanya kepalanya sahaja. Yang ini suami kaksya bagitahu..

Banyak hadith tentang telaga Barhoot ini

Antaranya ialah hadith riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu’ Anhu sabda Rasulullah Ṣallallāhu ′alaihi wassallam :

خير ماء على وجه الأرض ماء زمزم، فيه طعام من الطعم، وشفاء من السقم، وشر ماء على وجه الأرض ماء بوادي برهوت؛ بقبة حضرموت

Artinya : “Sebaik-baik air di atas muka bumi ialah air zam-zam. Padanya makanan dari segala makanan dan ubat segala penyakit. Dan seburuk-buruk air di atas muka bumi ialah air pada lembah Barhut berdekatan Hadhramaut (Yaman).” (Hadith Sahih riwayat At-Thabarani pada kitab Al-Kabir, Dhiak Al-Muqaddasi pada kitab Al-Mukhtarah dan Ibnu Hajar pada kitab Az-Zawaaid)

Manakala dalil ruh orang ka-fir berada di telaga Barhut ialah riwayat sahabat yang bernama Anas bin Malik Radhiallahu’ Anhu. katanya :

وأرواح الكافرين إلى وادٍ بحضر موت يُقال له بَرَهوت

Artinya : “Dan segala ruh orang-orang ka-fir itu di satu lembah dekat Hadhramaut yang disebut namanya Barhut.” (Diriwayat olih Ad-Dailamy)

Dan diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib Radhiallahu’ Anhu. katanya :

خير وادي النّاس وادي مكّة، وشرّ وادي الناس وادي الأحقاف، وادٍ بحضرموت يُقال له: برهوت فيه أرواح الكفّار

Artinya : “Sebaik-baik lembah subur bagi manusia ialah lembah Makkah. Dan sebu’ruk-bu’ruk lembah bagi manusia ialah lembah Ahqaf dekat Hadhramaut yang dinamakan Barhut yang padanya ada ruh-ruh orang ka-fir.” (Riwayat Abdul Razzaq, Ibnu Asakir dll)

Dan telah berkata Abdullah bin ‘Amr r.a. :

إن أرواح الكفار تجمع ببرهوت

Artinya : “Sungguhnya segala ruh orang ka-fir berhimpun di Barhut.” (Riwayat Ibnu Hibban, Ibnu Asakir & Ibnu Mandah)

Wallahua’lam

Susahnya keSyurga mudahnya kita tergelincir ke telaga nera-ka.. taubat, ikat silaturrahim.. jaga pemakaian bukan pakai tapi telan-jang.. jangan mengambil hak yang lain dan taat lah kepada suami kita.. moga kita terpilih ke pintu langit bukan ke lembah barhoot ini

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Shahida Mohd Ramli

Related articles