Sedapnya Kerabu Pucuk Daun Kari, Wanita Ini Kongsi Cara Membuatnya!

Daun kari memang tidak asing dalam kalangan kita. Digunakan dalam masakan-masakan tertentu. Selain itu ia pucuk daun kari juga biasanya dijadikan ulam-ulaman.

Menariknya perkongisan kali ini, pucuk daun kari ini dijadikan kerabu. Jarang kitda dapat lihat ia dijadikan sebagai kerabu.

Sangat sedap dan memberikan aroma yang enak, itulah yang dikongsikan oleh Nurul Nadzirah yang berkongsi resepi kerabu pucuk daun kari ini. Mari ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

RESEPI KERABU PUCUK DAUN KARI

Nurul pertama kali buat tengok pucuk daun kari banyak tanya mak selain ulam boleh buat kerabu.  Sedapp Yakmat kena kuah gulai perhhh tak pandang lauk lain. Selamat Mencuba

BAHAN-BAHAN :

  • Pucuk kari secukupnya
  • Ikan sardin @ kembung – direbus dan ambil isi sahaja
  • Isi udang – direbus
  • Kerisik secukupnya
  • Garam & sedikit serbuk cukup rasa
  • Bawang besar – dihilis nipis

BAHAN KISAR :

  • Kelapa parut
  • 8 biji cili padi – lebihkan jika suka pedas
  • Cili merah
  • Air asam jawa
  • Sedikit belacan – jika suka

CARA MEMASAK :

1. Kelapa parut dicampur bersama cili padi, cili merah, belacan dan air asam jawa secukupnya. Kemudian kisar.

2. Leraikan pucuk daun kari kemudian ramas dan gaul. Rendam dengan air garam lebih kurang 15 minit untuk buang bau.

3. Bilas dan tapis pucuk daun kari.

4. Gaulkan pucuk kari tadi dengan semua bahan-bahan yang lain.

5. Kerabu Pucuk Daun Kari sedia untuk dinikmati.

Sumber/Foto: Nurul Nadzirah

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles