Resipi Lempeng Legend Perkongisan Opah. Hanya 3 Bahan & Guna Sukatan Cawan. Mudah, Ringkas & Sedap!

Lempeng antara hidangan warisan yang masih dimintai kebanyakkan orang ramai sehingga hari ini. Dihidangkan sama ada untuk sarapan pada waktu pagi mahupun minum petang. Makanan warisan ini bukan sahaja sedap malah cukup mudah dan ringkas untuk disediakan.

Lempeng sangat sedap dimakan ketika ia masih panas dan bertambah sedap jika di hidangakan bersama kari, sambal sardin, sambal bilis dan lain-lain.

Teringin nak makan lempeng? Jom buat, ikut sahaja resepi lempeng legend perkongisan Mas Cotek ini, hanya menggunakan 3 bahan sahaja dan menggunakan sukatan cawam. Mudah, ringkas dan sedap.

Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Som Som Sagu Lembut Bergedik & Sedap Pula Tu. Nah, Opah Kongsikan Resepinya!

RESIPI LEMPENG LEGEND (oleh Mas Cotek)

Lempeng Lagend.. semlam kita belajo buat cekodok, hari ni belajo buat lempeng pulak ye.. #opahNakLaluLalang kome oiii

BAHAN-BAHAN :

  • 3 cwn tepung gandum
  • 3 cwn air
  • garam secukup rasa

CARA-CARANYA :

1. Satukan kesemua bahan (opah blend je)

2. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak

3. Masukkan sesenduk dua adunan lempeng dan ratakan

4. Balik-balik kan sehingga masak

SIAP!

Hidangkan bersama kari, sambal sardin, sambal bilis dll.. terpulang

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles