Resepi Donut 1 Cawan Tepung Yang Cantik & Gebu Kejadiannya. Ngam Untuk 2 Orang Makan

Resepi dan cara buat donut cantik, gebu kejadiannya oleh Khairunnisa Mohammad . Hanya guna satu cawan tepung sahaja. Sesuai untuk 2 orang makan.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

RESEPI DONUT 1 CAWAN

Nak beli? Malas keluar. Nak buat? Takut banyak sangat, takda orang makan. So hari ni kita buat satu cawan tepung je.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil yis (sudu KFC)
  • ½ sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • ¼ cawan air suam
  • ½ sudu besar marjerin

CARA-CARA :

1. Campur semua bahan kecuali marjerin. Gaul dan uli sekejap.

2. Kemudian baru masukkan marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin.

3. Perap selama 1 jam.

4. Selepas dah siap perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bentukkan bulat dan penyekkan. Buat lubang di tengah.

5. Perap lagi 30 minit. Kemudian sedia untuk digoreng.

6. Bila dah siap goreng, boleh salut dengan gula atau susu.

Sumber/Foto :  Khairunnisa Mohammad via MyResipi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles