Resepi Dadih Susu Full Cream Sihat & Berkhasiat. Masuk Je Mulut.. Perghh, Syahdu Baq Hang!

Dadih antara hidangan pencucui mulut yang popular dan mudah disediakan. Bila dah siap mesti habis licin dimakan anak-anak. Antara resepi dadih yang boleh ada cuba adlah Dadih Susu Full Cream ini.

Selain sedap dan berkhasiat, resepi perkongsian Novelis Affieyza Isahak sangat mudah dan ringkas. Bahan-bahan pun dah tersedia di dapur. Tinggal nak buat sahaja. Mari kita ikuti perkongsian dibawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak-Anak Ulang Makan, Resepi Agar-Agar Milo Legen Ni Memang Sangat Sedap

RESEPI DADIH SUSU FULL CREAM

Dengan kata-kata : Dah lama v1ral, baru nak cuba Sungguh, sangat-sangat sedap! Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!

Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba!

BAHAN-BAHAN :

  • 1 liter susu kotak (Ducth Lady Full Cream Milk)
  • Agar-agar tali 20 gram. Guna 1/3 saja.
  • Gula ikut kemanisan sendiri
  • Garam secubit rasa
  • 1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar

CARA MEMBUAT :

1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.

2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.

3. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

4. Siap untuk ditelan!!

Sumber/Foto : Novelis Afieyza Isahak

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles