Dah Lama Goreng Masih Rangup Kulit Karipap. Peniaga Kuih Ini Kongsi Resepi & Tekniknya, Gerenti Jadi!

Nak buat karipap tidaklah susah mana. Mudah sebenarnya. Tapi untuk mendapatkan kulit mengikut seperti yang kita nak, agak sukar sedikit. Yang penting, resipi kulit karipap kenalah betul.

Yang mana pertama kali nak buat karipap tu, dan nakkan kulit karipap yang sentiasa rangup walaupun dah lama goreng, boleh cuba resipi ni! Nak masak inti apa? Terserah anda asalkan kulitnya win!

Jom lihat cara-cara membuatnya yang dikongsikan oleh Puan Azzura Ismail ini.

RESEPI KULIT KARIPAP RANGUP

Ikhlas kabo, Kalau kulit karipap tekstur dia dok gini. Dok lembut,dok rangup sampai petang…

Pada sayalah.. Pada org lain mungkin berbeza..

Saya dok pukul rata neh. Terpulanglh pada selera masing-masing. Tapi.. ini cara saya.. teknik saya.. rezeki saya…. ( Harap paham seleng Teganun saya )

Alhamdulillah, pengalaman lebih 5tahun mencari rezeki dalam jual karipap homemade…

Dulu-dulu bermula dengan karipap mini. Sapa regular customer memang tahu karipap mini saya owesome gane. Hihiii…

Insha’Allah…boleh diterima selera ramai… Doklah terer macam tok nenek kita dulu-dulu… Tapi….trai selagi dok jadi..trai lagi, Insha’Allah

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • 1 kg tepung gandum,
  • Planta 200gram,
  • Minyak masak separuh cawan,
  • Air sejuk 2cawan, + garam 3 sudu teh
  • Air kapur 1 sudu

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan planta bersama minyak masak sehingga betul-betul panas.

2. Kemudian terus tuang ke dalam tepung gandum. Gaul rata semua bahan.

3. Tuangkan air kapur dalam tepung gandum tadi.

4. Satukan air dan garam, kacau sampai garam larut. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum tadi sampai boleh uli menjadi doh. Jangan tuang semua, sampai boleh canai menjadi bulat sahaja.

5. Siap doh untuk kulit karipap. Leperkan menggunakan kayu, kemudian masuk mesin karipap dan gelek setakat nombor 6 sahaja. (Makin nipis, makin rangup dan sedap)

6. Hati-Hati ye masa nak angkat goreng karipap ni sensitif lembut sangat-sangat.. Tangan mesti betul-betul kering . Goreng separuh masak.. jangan terus simpan mentah macamni ye.. tak cantik nanti

HASILNYA

Kawan-kawan semua boleh cuba… Saya halalkan resepi ni..

Sumber/Foto : Azzura Ismail via Rencah Rasa

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Related articles