Chef Ini Kongsi Cara Buat Ayam Goreng Crispy Ala KFC & McD. Rangup Di Luar & Juicy Dalamnya!

Sedapnya Ayam Goreng ala KFC McD ni. Keranguppanya sama macam ayam KFC atau Mcd. Jika ada ingin mencuba ada boleh ikuti resepi yang dikogsikan oleh Chef Hafizzam Offshore ini. Tak perlu dah beli, buat seekor ayam boleh makan beramai-ramai. Ramai yang dah mencuba, sangat sedap. Rangup di luar dan juicy di dalam. Puas hati makan.

RESIPI AYAM CRISPY ALA KFC McD

BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM

  • 1kg Ayam (Semua jenis ayam)
  • Bawang putih-(Blend)
  • Tepung Gandum 150g(Ikut banyak ayam)
  • Tepung Jagung atau Tepung Beras
  • 80g. (Ikut banyak ayam)
  • Garam (Secukup Rasa)
  • Chicken Stock (secukup rasa)
  • Telur 6biji (ikut banyak ayam)
  • Serbuk cili 80g (Jika Nak Spicy)
  • Blackpapper (Jika mahu rasa blackpapper)
  • Air 80 ml (Ikut banyak ayam)

CARA BUAT PERAPAN AYAM :

1. Campurkan semua bahan kecuali ayam
2. Gaul bahan perapan hingga sebati
3. Masukkan ayam yang telah siap dipotong ke dalam bahan perapan yang digaul sebati tadi
3. Perap ayam selama 1 jam. Tunggu hingga perapan masuk sempurna.
Resipi Tepung Ayam (Ala KFC McD)

BAHAN-BAHAN TEPUNG :

(Untuk Ayam 1 kg)

  • Tepung Gandum 300g
  • 150g Tepung jagung atau tepung beras
  • Serbuk Cili (Jika mahu spicy)
  • Garam (Secukup Rasa)
  • Chicken Stock(Secukup Rasa)
  • Blackpapper (Jika Mahu rasa blackpapper)
    ***Gaul sebati semua bahan-bahan tepung di atas untuk disalut pada ayam nanti

 CARA GORENG AYAM CRISPY

1. Ambil ayam dah siap perap tadi dan salut rata dengan tepung
2. Goreng dalam 15 minit macam tu (bergantung pada saiz ayam)
***Pastikan minyak panas dan api jangan terlalu kuat.
3. Bila dah nampak kekuningan macam dalam gambar ni, boleh angkat.
4. Siap untuk dinikmati

Selamat Mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Chef Hafizzam Offshore  via Rencah Rasa

Related articles