Cara Tanam Taugeh Dalam Balang Terpakai, 3 Hari Dah Boleh Tuai

Taugeh antara sayuran yang sedap digandingkan dengan lauk pauk yang lain. Tauge boleh di masak dengan pelbagai cara. Antara yang popular ialah di masak goreng atau di buat kerabu.

Kelazatan dan kerangupan taugeh menjadikan ia hidangan yang digemari oleh ramai orang. Jika teringin makan taugeh anda boleh tanam taugeh dalam balang terpakai sendiri di rumah. Caranya cukup mudah dan ringkas.

Mari ikuti perkongsian cara tanam taugeh dalam balang terpakai di bawah ini

BACA JUGA : Kerabu Kerang Taugeh Ni Memang Sedap, Kecur Air Liur Dibuatnya!

CARA TANAM TAUGEH DALAM BALANG TERPAKAI

CARA-CARA

1. Rendam kacang 24 jam. Tak payah banyak-banyak, segenggam pon dah cukup.

Cara Tanam Taugeh Dalam Balang Terpakai

Lepas 24 jam, kacang dah mula bercambah.

Cara Tanam Taugeh Dalam Balang Terpakai

2. Buang air rendaman, transfer kacang ke dalam balang plastik. Nak letak tisu boleh, tak letak pon takpe. Tutup balang, Simpan balang kat tempat gelap/balut dengan plastik hitam.

Cara Tanam Taugeh Dalam Balang Terpakai

3. Siram 2 kali sehari. Caranya letak air dalam balang lepas tu goncang-goncang sikit, lepas tu buang air dia.

4. 3-4 hari dah boleh dituai. Kalau nak simpan lama, Penuhkan air, letak dalam peti ais.

Cara Tanam Taugeh Dalam Balang Terpakai

Hasilnya lepas 3-4hari. Gemuk-gemuk macam beli kat kedai.

Sumber/Foto : Nora Valo

Related articles