Cara Mudah & Pantas Nyahkan Kutu Dalam Beras. Confirm Putih & Bersih!

Bubuk atau kutu beras ni memang musuh surirumah, maklumla bubuk ni memang cepat membiak. Tambahan pula sakit mata dibuatnya dok merayau-rayau dalam beras. Kebiasaanya beras yang diserang bubuk akan jadi kurang enak apabila di masak, lemik dan mudah basi. Nak buang sayang pula kan. Jadi ada petua yang ada boleh gunakan untuk atasi masalah bubuk ni.

Dulu-mula mak-mak kita akan letak beras diatas dulang dan jemur dibawah terik matahari. Tapi tu cara dulu, cara moden kita guna oven.

Nak tahu caranya, ikuti tips yang dikongsikan oleh Nurhasanah Harun di bawah ini.

CARA BERSIHKAN BERAS BERKUTU GUNA OVEN

6 bulan tinggal rumah, beras pun bubuk dah berkampung. Sayang nak buang sebab elok lagi. Cara saya tak jemur sebab saya malas keluar rumah, lagipun sekarang cuaca hujan kan

Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 mnit biar betul-betul panas semua beras tu. Mati la bubuk sekali ulat-ulat dia.

Sebelum bakar. Merayap je dia lari pergi bawah

Dah bakar. Ayak buang bubuk dan ambil yang bersih

Ni haaa. Bukan bubuk je, segala habuk pun ada

SIAPPPP! DAH BERSIH

*Kalau tak ada oven tu boleh goreng tnpa minyak dalam kuali. Sekejap sahaja agak-agak panas. Jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak.

Macam mana nak tahu beras masih elok?

Cuba basuh beras kalau tak ada warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok. Kalau banyak timbul dan ringan, cuba la patahkan beras tu, dalam dia ada ulat bubuk. Semoga manfaat dan selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nurhasanah Harun

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysiaku

Related articles