Cara Buat Roti Guna Kaedah Kukus. Hasilnya Roti Lebih Lembut & Gebu!

Roti adalah hidangan yang sesuai dimakan pada bila-bila sahaja terutamanya ketika ia masih panas. Nak membuat roti mudah sebenarnya. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat roti juga ringaks dan mudah didapatai.

Jika tiada oven, anda boleh menggunakan kaedah kukus. Ya kukus, roti boleh dengan cara kukus. Bahkan roti yang dikukus lebih lembut dan gebu berbanding roti yang dibakar menggunakan oven.

Bagaimana caranya? Mari kita ikuti perkongsian membuat roti menggunakan cara kukus yang dikongsi oleh Khairunnisa Mohammad di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Buat Kerepek Pisang Rangup & Berlemak. Tambahkan Bahan Ini Ketika Menggoreng!

CARA BUAT ROTI MENGGUNA CARA KUKUS, HASILNYA LEBIH LEMBUT DAN GEBU

“Sis, resepi ni boleh kukus tak?”

Bolehhhh. Ni kita share resepi yang boleh kukus. As usual, tepungnya dalam secawan lebih saja.

BAHAN-BAHAN :

  • 150g tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Gula dan butter yang dicairkan untuk topping

CARA PENYEDIAAN & MEMASAK :

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata. (memang tak pakai air, telur tu la cecair dia)

2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin.

3. Perap sampai doh naik 2 kali ganda. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

4. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci.

5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.

6. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit.

7. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.

8. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.

NOTA KAKI :

  • Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus.
  • Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi.
  • Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.

Sumber/Foto : Khairunnisa Mohammad

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles