Bihun Goreng Lebih Sedap Masukkan 1 Bahan Ini, Masak Koboi Pun Habis Sekuali

Nak dapatkan bihun goreng lebih sedap,yang lembut, kenyal sesedap rasa pun bukan mudah. Anda cara, ada petua yang boleh anda ikuti.

Ada satu tip yang boleh anda ikuti untuk masak bihun goreng lebih sedap dengan hanya masukkan satu bahan ini dalam masakan, memang menyerlahkan lagi aroma rasa dan baunya.

Walaupun bihun dimasak koboi, masuk sahaja bahan ini confirm anak-anak minta repeat masak hidangan ini. Sekuali pun boleh habis

Tip dia adalah menggunakan ikan bilis sebagai bahan perasa utama. Memang ngam ‘teruk’lah rasa dia.

Ikan bilis paling sedap rangup boleh beli kat sini : Klik sini >> Bilis King Halal Premium

Perkongsian daripada Cik Puan Hana A Razak ini anda boleh cuba. Bukan sahaja mudah, tapi rasanya memang padu.

BACA JUGA : Cara Simple Buat Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini

TIP MASAK BIHUN GORENG SEDAP

Mari pula teringin nak makan bihun goreng koboi. Warna nak oren macam ni, taknak gelap kicap. Masak sendiri la jawabnya baru kena citarasa. Jom memasak!

bihun goreng lebih sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 2/3 peket bihun
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji telur
  • 1/2 batang carrot
  • Kicap
  • Garam
  • Air

CARA MEMASAK :

1. Basuh bersih ikan bilis dan tumbuk separuh hancur. Kemudian panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Kalau tak ada ikan bilis boleh gantikan dengan udang kering.

Ikan bilis paling sedap rangup boleh beli kat sini : Klik sini >> Bilis King Halal Premium

2. Seterusnya, hiris nipis bawang merah dan bawang putih. Masukkan dalam kuali bila ikan bilis dah garing. Tumis sampai bawang layu.

3. Masukkan pula cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Sambal dah pecah minyak, renjiskan sedikit kicap. Pastikan bihun kita sedang direndam tau. Saya rendam dengan air biasa je, bukan air panas.

4. Lobak merah tu, basuh dan potong panjang seperti batang mancis. Lepas itu, masukkan dalam kuali dan biarkan lembut sedikit.

5. Kemudian, masukkan air. Air ni banyak sikit pun tak apa sebab nak lembutkan bihun sekali. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali. Kacau telur sampai hancur. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa jika ada.

bihun goreng koboi

6. Seterusnya, masukkan bihun. Kacau sampai bihun sekata dengan bahan tumis kita tadi. Sentiasa kacau supaya bihun kita lembut sekata. Jika suka kering, boleh biarkan sedikit lama dalam kuali dengan api yang perlahan. Sesekali dua je kacau dalam kuali.

Nak lagi sedap guna bihun jenama ni. Sedap, lembut halus macam putu mayam ?? https://shope.ee/2AnV3sm9PG

Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Dapat Mini Grinder serbaguna ni. Memang puas hati, harga pun murah je di Shopee > Mini Grinder Superfine Powder

Mudah lepas ni nak buat serbuk cili, kacang, lada hitam. Guna je mini grinder ni. Memang puas hati, harga pun murah je .. ?

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Hana A Razak

Related articles