Cara Mudah Buat Ayam Bakar Black Paper, Memang Sedap & Juicy. Sempoi!

Jika anda merancang untuk masak ayam bakar, anda boleh cuba resepi ayam bakar lada hitam perkongsian Dani J Tang ini. Memang sempoi dan sedap.

Nak menyediakannya juga ringkas sahaja. Bahkan anda boleh ubah bahan-bahan sesuai selera dan citarasa anda sendiri ye. Cuba lah. Memang sedap dan puas hati makan.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Sedap Rupanya! Cara Buat Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng

RESEPI AYAM BLACK PAPER HITAM SEDAP

Selamat berhujung minggu rakan mahn. Masak ape tuuuuu? Harini saya buat ayam bakar, tabur lada hitam skit. Macam biasa la resepi ringkas je, boleh ubah suai bahan sesuai selera ye. Boleh jugak kalau nak pakai sos kimball tu, tapi saya takde tu yang buat macam ni.

BAHAN A :

  • 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

BAHAN B – (Boleh kisar atau tumbuk) :

  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

BAHAN C – (kuantiti sesuai selera ye) :

  • Sedikit sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Serbuk kunyit
  • Lada hitam serbuk
  • Lada hitam hancur
  • Sedikit lada putih
  • Garam
  • Sedikit minyak masak @ minyak bijan
  • Lebih kurang 1 sudu besar planta

BAHAN D :

  • Gula atau madi

CARA MEMASAK :

1. Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C,

masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

2. Bahan D (gula atau madu). Boleh skip kalau tak suka, saya letak madu supaya tak de la nanti rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk dan kacau bersama dalam bahan perap tadi.

3. Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

4. Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing ye. Saya guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Dani J Tang

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles