Cara Buat Dadih Lemak Berkrim Serta Cair Di Mulut Dari Opah. Puas Makan Dadih Buat Sendiri!

Dadih antara pemanis atau pencuci mulut yang sedap dimakan sejuk terutamanya ketika cuaca panas. Tekstutnya yang lembut, rasanya yang pelbagai seperti lemak berkrim serta cair didalam mulut dan turun ketekak menjadikan ia hidangan pencuci mulut yang diminati ramai.

Nak buat dadih mudah sahaja. Pelbagai perisa dadih kita boleh buat, baru lah puas hati makan dadih buat sendiri. Anak-anak khususnya pasti akan menyukainya.

Resepu dadih homemade perkongsian Mas Cotek ini cukup mudah dan ringkas. Mari kita ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Dadih Susu Full Cream Sihat & Berkhasiat. Masuk Je Mulut.. Perghh, Syahdu Baq Hang!

HOMEMADE DADIH (oleh Mas Cotek)

HomeMade Dadih… opah tak buat jual ye… jadi kalau kome nanye rege, menong le opah kome oiii. Biasa opah buat makan sendiri je… ni hat banyak gini, opah nak bagi sepupu, esok ada majlis nikah anak perempuannya. Ate tak kan le opah nak lenggang kangkung je kan. Opah mancuh le sebagai buah tangan hah.. Ok siap, opah nak lunjur kaki.. Silakan share.. diizinkan

BAHAN-BAHAN :

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1550 ml air
  • 1 1/2 cwn gula
  • 200 gm susu pekat manis
  • 1 tin susu cair

BAHAN LAIN :

  • Perasa jagung
  • Pes pandan/pewarna hijau
  • Perasa yum emulco
  • Perasa rose/bandung

CARA-CARANYA :

1. Didihkan air bersama agar-agar

2. Masukkan gula

3. Masak sehingga semuanya larut

4. Masukkan susu cair dan susu pekat, kacau sebati, biarkan mendidih terus tutup api.

5. Bahagikan adunan dadih kepada 2~3 bahagian

6. Masukkan perasa disukai kacau sebati

7. Tuang ke dalam bekas-bekas dadih

8. Sejukkan.

Untuk 1 adunan dapat 40-45 bekas dadih saiz 4oz

SEDIKI TIPS DARIPADA OPAH :

(1) Untuk dapatkan permukaan dadih yang licin, selepas masukkan susu cair dan susu pekat, perlahankan api dan biarkan mendidih..jangan guna api besar, tak perlu didih sampai membuak-buak ye.

(2) Tuang dengan perlahan supaya tidak terjadinya buble/buih di permukaan dadih

NOTA :

  • Untuk layer bahagikan kepada 2 bahagian. satu bahagian opah masukkan esen vanilla, satu bahagian lagi opah masukkan sirap rose/jagung. Terpulang ye nak layer macam mana.

  • Untuk jagung blend sedikit jagung krim

  • Untuk keladi dadukan keladi kukus (opah tak letak pun)

  • Untuk pandan 4 5 helai daun pandan/pes pandan.

Itu sahaja. Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles