Baca Doa Ini Setiap Kali Dapat Gaji Supaya Gaji Kita Berkat

Boleh dikatakan hampir setiap hari kita bekerja untuk mendapatkan pendapatan atau gaji. Tidak cukup waktu siang, sehingga lewat malam pun kita masih bekerja melakukan kerja sambilan bagi menampung keperluan kehidupan seharian.

Namun, apakah tindakan pertama kita selepas mendapat gaji?

Jom kita perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT di atas kurniaan rezeki gaji yang tidak putus-putus kepada kita. Moga dengannya mendatangkan keberkatan oleh Allah SWT kerana wang ringgit yang banyak belum tentu menjamin kecukupan dan kebahagiaan. Namun, rezeki yang diberkati sudah tentu membawa ketenangan.

DOA MENDAPAT GAJI/HASIL

Adalah suatu kebiasaan masyarakat pada zaman Nabi untuk memberi buah yang pertama dipetik kepada Nabi Muhammad ‎ﷺ

Apabila Nabi Muhammad ‎ﷺ menerimanya, baginda berdoa dengan doa ini.

“Ya Allah, berkatilah hasil kami, berkatilah bandar kami, berkatilah cupak kami, dan berkatilah gantang kami

Nabi Muhammad juga pernah membaca doa ini usai solat berjemaah bersama para sahabat.

Doa ini adalah manifestasi penghargaan terhadap pemberian Allah. Juga tanda cinta terhadap tanahair sehingga kita memohon keberkatan untuknya.

Kadang-kadang kita bersungguh-sungguh berdoa dilimpahkan rezeki, naik gaji, keuntungan berganda tetapi kita tidak mendapat keberkatan darinya.

Kadang-kadang kita mohon diberi keluasan rezeki, kebebasan dari hutang, kekayaan tapi lupa bersyukur dengan apa yang ada.

Semoga dengan kita mengamalkan doa ini dikira sebagai usaha menghidupkan sunnah.

Semoga doa ini juga menjadi asbab rezeki dan negeri kita mendapat keberkatan dari Allah.

Foto : Wardah Media

ISLAM menggariskan adab yang perlu diamalkan oleh setiap orang beriman dalam mencari rezeki sama ada menjadi pekerja awam, swasta mahupun bekerja sendiri.

Ini untuk memastikan setiap pekerjaan membuahkan hasil dalam bentuk rezeki halal, malah lebih penting mendapat keredaan Allah SWT.

Penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal berkongsi beberapa adab dalam pekerjaan supaya mendapat gaji yang berkat di Instagrma miliknya.

10 Adab Dalam Pekerjaan Supaya Gaji Berkat

  1.  – Membaca doa sebelum keluar rumah
  2.  – Niat keluar bekerja ikhlas kerana Allah SWT untuk mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga serta menyumbang kepada masyarakat.
  3.  – Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berusaha gigih
  4.  – Menunaikan tugas dalam pekerjaan dengan jujur serta amanah
  5.  – Tidak terbabit dengan pekerjaan ha-ram atau syub-hah
  6.  – Tidak melakukan perbuatan do-sa dan mung-kar kerana ia boleh menjadi sebab terhalangnya rezeki
  7.  – Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh
  8.  – Bersedekah kerana sebahagian apa yang diperolehnya juga menjadi hak orang lain
  9.  – Tidak menjadikan alasan sibuk mencari rezeki untuk tidak beribadat
  10. Bertawakal kepada Allah SWT selepas melaksanakan tugasan atau pekerjaan.


Waalahua’lam.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Yayasan Sofa, Wardah Media, @ddaniyaldbiyajid


Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles