Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi, Lauk Ringkas Yang Membuatkan Anda Bertambah Nasi!

Ikan bilis goreng kicap cili padi antara hidangan cepat dan ringkas yang boleh membuatkan anda bertambah-tambah nasi bila dihidangkan lauk seperti ini.

Jika perut sudah terasa lapar atau nak masak hidangan yang cepat dan mudah yang sedap maka ikan bilis goreng kicap cili api ini antara hidangan yang boleh anda masak.

Ikan bilis goreng kicap cili padi jika dimakan bersama nasi panas sahaja pun sudah menyelerakan. Boleh juga dimakan dengan bubur nasi atau roti pun boleh.

ARTIKEL BERKAITAN : Tip Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup & Tak Liat Walaupun Sudah Sejuk. Ini Caranya!

IKAN BILIS GORENG KICAP CILI PADI

BAHAN-BAHAN :

  • Ikan Bilis
  • Bawang Besar (dihiris nipis)
  • Cili Padi (dihiris nipis)
  • Kicap Manis
  • Minyak Masak

** bahan-bahan lain juga boleh ditambah seperti bawang putih, garam, gula, sos dan sebagainya. Ikut selera masing-masing

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis yang sudah dibersihkan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Buang sedikit minyak gorengan ikan bilis dan masukkan bawang dan cili padi. Masak sehingga sedikit layu sahaja supaya bawang rangup bila dimakan nanti.

3. Kemudian, masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan kicap manis. Gaul sehingga rata.

4. Angkat dan boleh dihidangankan. Letak hirisan limau nipis jika suka. Siapp!

TIPS :

  • Kicap manis cukup sahaja direnjis atau jika suka berkuah boleh lebihkan sedikit. Tak perlu berkuah sangat kerana ia akan buat ikan bilis cepat lembik.
  • Jika suka pedas boleh tambah lagi hirisan cili padi

Selamat Mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles