Cara Buat Bakso Yang Sedap & Kaw, Resepi Asli Dari Indonesia!

Bakso antara hidangan makanan popular yang berasal daripada Indonesia. Kuah bakso kebiasaanya diperbuat air rebusan tulang dan tulang rusuk segar. Jadi tidak hairanlah ia hidangan yang sangat sedap. Cara menyediakan Bakso ni sangat mudah dan cepat sebenarnya.

Jika anda ingin merasai kuah bakso original Indonesia, anda boleh ikuti perkongisan Ekynn Aziz ini. Dimana resepi ini didapati daripada orang Indonesia sendiri. Jom ikuti perkongisan beliau di bawah ini

RESEPI KUAH BAKSO ORIGINAL INDONESIA

Bakso Indonesia request by my mom. Resepi ni original dari orang indo ye. Saya guna bebola daging segera je. Kalau nak sedap boleh guna bebola daging jenama mohd armiya atau ramly. Lebih sedap dan terasa dagingnya.

Ni saya kongsi kan resepi kuah bakso indonesia.

BAHAN-BAHAN :

(Hidangan untuk 10 orang makan)

  • Tulang daging RM10
  • Bebola daging
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 batang serai dititik (taknak letak pun takpe)
  • 1 helai daun pandan(taknak letak pun takpe)
  • 1 1/2 kiub pati daging
  • Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji bawang*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 3@4 biji buah keras*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 sb serbuk lada sulah*

(Blend atau tumbuk bahan bertanda *)

Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus tulang daging selama 30 minit. Lagi lama lagi sedap.

2. Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend@tumbuk, pandan dan serai titik.

3. Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.

4. Perasakan dengan garam dan ajinomoto@maggi cukup rasa.

5. Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye. Dah siap !

Boleh makan dengan bihun, mee, kuey teaw. Resepi cili kicap ada di bawah.

BAHAN-BAHAN CILI KICAP :

  • Segenggam cili padi hijau
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sb cuka
  • 1 sb kuah bakso
  • 4 sb kicap manis
  • Secukup rasa
  • Garam

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rebuskan cili padi hijau dan bawang putih. Dah lembut boleh kisar/tumbuk.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain sesedap rasa. Dah siap.

Selamat mencuba. Boleh share-share

Sumber/Foto :  Ekynn Aziz

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles