Cara Buat Kek Pandan Kampung Guna Dapur Gas. Hasilnya Gebu & Sedap!

Kek pandan kampung antara kek yang mudah dan ringkas disediakan. Tidak perlu deco aising, hasilnya tetap nampak eksklusif. Rasa dan aromanya juga menyamankan sehingga membawa mengimbau nostalgia dikanpung halaman. Sangat sesuai dihidangkan tanpa kira masa dan keadaan.

Menariknya perkongsian resepi kek pandan kampung oleh Azrina Rina ini tidak bakar menggunakan oven tetapi menggunakan dapur gas. Hasil dan rasanya juga sama seperti bakar menggunakan oven. Jika anda tiada oven dirumah anda boleh juga memasak menggunakan dapur gas.

Jom lihat cara-cara memasak yang telah dikongsikan Azrina Rina di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Berlemak & Lembut, Ini Cara Buat Kuih Seri Muka Menggunakan Sukatan Cawan. Confrim Jadi!

RESEPI KEK PANDAN KAMPUNG

Kek pandan kampungg sahaja Saya bakar guna dapur gas, Alhamdulillah menjadi. Abaikan yang berkerak sikit tu ye. Ini resepinya

BAHAN-BAHAN :

  • 5 biji telur gred B
  • 1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh tambah)
  • 1sb ovelate
  • 1/2 cawan santan pekat kara
  • Sedikit pewarn hijau epal
  • Sedikit perisa pandan
  • 1 1/2 cawan gandum (diayak)
  • 1 sk baking powder (diayak)
  • 1/2 cawan tepung jagung (diayak)
  • 200G unsalted butter lurpark dicairkan (saya guna buttercup)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Sediakan satu bekas, masukkan semua bahan-bahan (kecuali butter). Pukul sehingga gebu menggunakan mixer.

2. Kemudian cairkan butter (suam) dan masukkan kedalam adunan. Gaul sehingga sebati menggunakan senduk. Selesai gaul, tuangkan adunan ke dalam loyang.

3. Lapik periuk menggunakan pelabik besi, kemudian letakkan loyang kek di atasnya.

4. Bakar dengan api kecil selama 45 minit. (Jangan letak air dalam periuk ye, nanti jadi kek kukus pulak)

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

Sumber/Foto : Azrina Rina

ب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles