Resepi Mok – Gulai Kuning Lengkuas Ikan Ayo, Pekat & Dijamin Sedap Terukk!

Tengok gulai kuning lengkuas ikan ayo perkongsian Afy AL Habibi ini pun sudah tahu sedap. Beliau buat perkongsian resepi daripada Mok. Yang pastinya ia pasti akan buat anda terliur dan dijamin sedap terukk.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Ikan Sambal Thailand. Memang Buat Terliur, Sedapnya Memang Lain Macam

RESEPI MOK – GULAI KUNING LENGKUAS IKAN AYO

Kerana tidak mahu menghampakan harapan ramai kawan yang berminat, cikgu tulis dulu resepi penuh begini ya. Cikgu salin yang Mok bagitahu tadi.

Jangan lupa baca tips sekali dan tenung gambar cikgu letak tu berulang kali. Dijamin sedap terukk. Silakan resepinya.

Gulai kunyit lengkuas pun orang sebut juga. Nampak sedap kan.

BAHAN KISAR :

  • 7 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 hiris bulat nipis lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu besar cili kering kisar

Ikan Ayo (1kg) – Saiz besar, Rebus bersama bahan di bawah:

  • 3 sudu besar garam
  • 1 keping nisse
  • 4-5 hiris nipis lengkuas
  • 3 hiris nipis halia
  • 6 keping asam gelugur

Tambah air separuh dari sukatan ikan. Rebus sehingga masak. Jangan terlalu lama takut isi hancur.

CARA-CARA :

1. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan santan pekat asli 1/2 kg. Masukkan air. (Sukat ikut kuantiti santan; contoh Mok guna santan dari dalam plastik. Mok sukat ikut kuantiti santan tadi)

2. Masukkan juga air rebusan ikan 2 senduk.

3. Masak atas api dapur. Perasakan dengan garam gula dan perisa ikut citarasa. Yang ni Mok lupa nak sebut banyak mana; Mok kira agak-agak kena dengan tekak. Seimbang rasa masin manis sahaja.

4. Selepas kuah mendidih, susun ikan tadi dalam periuk gulai.

5. Ambil juga 2 kepingan asam keping dari rebusan ikan tadi masukkan dalam periuk.

6. Tambah potongan timun batang, kacang panjang dan 3 tangkai lada solok Siam.

7. Tutup api selepas 10 minit.

 TIPS GULAI KUNING IKAN AYO :

*Orang Kelantan biasa guna ikan Ayo putih@ tongkol kayu untuk isi lebih sedap dan pejal*

Semoga membantu kawan-kawan yang tertukar pilih ikan ayo.

1. Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang.

2. Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.

3. Nak kuah pekat dan sedap, buat gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.

Kejadian kuah elok guna santan pekat asli kelapa.
Makin hangat makin sedap dan pekat kuahnya.

4. Bungkus nasi panas bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka.

Tips makan sedap; Bungkus nasi biar sampai kuah jadi ‘bekok’ Jangan lupa letak sambal. Terbaiklah boleh makan macam ni.
Haa bungkus dalam kertas pembungkus begini. Baru syokk makan nasi berlauk.

5. Padankan dengan ayam goreng, sambal dan timun batang sebagai pelengkap hidangan.

Lepas dibuka. Tambah ayam goreng lagi sedap. Uishh sambal melekat-lekat kat isi ikan tu sedap.

Sekian. Nanti cubalah resepi Mok dan tips cikgu tulis. Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Afy AL Habibi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles