Anak-Anak Ulang Makan, Resepi Agar-Agar Milo Legen Ni Memang Sangat Sedap

Agar-agar Milo ini antara  pemanis mulut yang mudah disediakan. Bahan-bahan pula kebiasaanya memang sedia ada di dapur. Kebiasaanya bila dah siap disejukkan sekejap je habis dimakan anak-anak.

Selain sedap, resepi perkongsian Puan Ina Aniza ini juga merupakan merupakan kegemaran anak-anaknya. Malah resepinya juga sangat ringkas. Nak tahu cara membuatnya, jom ikuti perkongsian dibawah ini.

RESEPI AGAR AGAR MILO SEDAP & MUDAH KEGEMARAN ANAK-ANAK

Agar agar milo ni memang lejen.. Dari anak sulung kecik-keci sampai la yang bongsu ni dah 7 tahun. Ini lah agar agar milo kesukaan dia orang.. Bagi laa agar agar cantik macam mana pun.. Yang milo ini jugak laa akan berebut.. sekali hadap jer makannya.. Termasuk laa Abahnya pun sama… Jom buat

BAHAN-BAHAN:

  • 1 peket agar-agar tali (25gm)
  • 4 cawan besar air (rujuk saiz cawan dalam gambar)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan Milo
  • 1 cawan air panas (untuk larutkan Milo)
  • Secubit garam halus

CARA-CARA MEMASAK:

1.Satukan agar-agar dan air dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.

2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair, bancuhan milo dan garam. Sebatikan.

3. Bila semua bahan sudah larut, bercampur sempurna dan mendidih, padamkan api.

4. Tuang bancuhan agar-agar ke dalam loyang yang bersesuaian. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan mengental.

5. Bila agar-agar sudah mengeras sepenuhnya, bolehlah dipotong dan dinikmati.

INFO TAMBAHAN :

  1. Agar-agar ada banyak jenis. Kadang kala sukatan air tidak tepat sangat untuk dapatkan agar-agar yang sempurna.
  2. Tidak menjadi masalah kalau agar-agar terlembik atau terkeras. Kerana nanti boleh diubah suai semuala ikut sukatan yang tepat.
  3. Untuk sukatan asas, 25gm agar-agar bertali dimasak menggunakan 1400ml air. Kemudian bolehlah tambah apa-apa perasa yang disukai.

Sumber/Foto: Ina Anizaina via RASA

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk tips dan artikel-artikel menarik

Viral Malaysiaku

Related articles