Amalan Mengubati Istihadhah Dan Bawasir (Buasir)

Dalam pengajian hadis Abi Daud tempoh hari, bertemu dengan hadis yang mengisahkan keadaan haid seorang sahabiah Nabi صلى الله عليه وسلم, iaitu Ummu Habibah رضي الله عنها yang mengalami istihadhah selama 7 tahun.


Setelah membaca Hadis ini, Tuan Guru Haji Suhaimi mengajarkan satu amalan untuk mengubati penyakit Istihadhah.
Kaifiatnya adalah membacakan ayat ini sebanyak 11 kali pada air untuk dibuat minum.

لِّكُلِّ نَبَإࣲ مُّسۡتَقَرࣱّۚ وَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya. [Surah Al-An’am: 67]

Kata Tuan Guru lagi, amalan ini juga boleh digunakan untuk penyakit bawasir.

P/s: Tambahan daripada Fawaid hari ini daripada Kitab Sunan al-Nasaie (13/9/21) : Antara kaedah yang diajarkan oleh Sayyidina Ali untuk mengubati Istihadah adalah dengan banyakkan mandi terutama air sejuk, dan letakkan minyak sapi atau minyak zaitun pada kapas yang dibuat penahan darah pada faraj.

Kata Sayyidina Ali كرم الله وجهه‎:

عن عَلِي رضي الله عنهُ قال المستحاضةُ إذا انقَضَى حَيضُها اغتَسَلَتْ كلَّ يَومِ واتَّخَذَتْ صُوفَةً فيها سَمنٌ أو زَيتٌ

Kata Tuan Guru, mandi air sejuk akan buat darah kotor keluar, dan cepat berhenti istihadah, insya Allah.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Abu Hasan Ashaari
Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles