Sujud Sahwi, Bacaan & Cara Yang Perlu Kita Ketahui

CARA SUJUD SAHWI

SOALAN : Ustaz. Saya hendak tahu bagaimana cara melakukan sujud sahwi yang betul. Apakah yang dibaca di dalam sujud sahwi itu?

JAWAPAN :

Berkata Dr Mustafa Bugha :

كيفية السجود ومحله : سجود السهو سجدتان كسجدات الصلاة، ينوي بهما المصلي سجود السهو، ومحله آخر صلاته قبل السلام

Artinya : “Bermula cara sujud sahwi dan tempatnya. Sujud sahwi itu ialah dua kali sujud sama seperti sujud sembāhyang. Dan berniat seorang dengan dua kali sujud itu akan sujud sahwi. Dan tempatnya ialah pada akhir sembāhyangnya sebelum memberi salam.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Maksudnya sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sujud yang cara sujudnya sama seperti sujud sembāhyang. Hendaklah dia berniat sebelum sujud di dalam hatinya itu niat sujud sahwi melainkan jika dia sujud kerana mengikut imam sujud sahwi maka tidak perlu kepada niat.

Dan selepas dua kali sujud maka hendaklah dia memberi salam.

Ada pun bacaan dalam sujud sahwi itu boleh dibaca akan bacaan dalam sujud biasa dan boleh juga dibaca bacaan

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ
Subahana Man La Yanamu Wala Yashu
“Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa”

Dan harus juga jika dia diam sahaja ketika dalam sujud itu tetapi yang afdhal ialah dia berzikir yakni tidak diam.
Ketika duduk antara sujud itu tidak ada sebarang bacaan yang dikhususkan tetapi jika dia membaca bacaan duduk antara dua sujud yaitu sunāt.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

ويأتي بذكر السجود) للصلاة (فيهما) وحكى بعضهم أنه يندب أن يقول فيهما سبحان من لا ينام ولا يسهو قال الشيخان، وهو لائق بالحال قال الزركشي إنما يتم إذا لم يتعمد ما يقتضي السجود فإن تعمده فليس ذلك لائقا، اللائق الاستغفار

Artinya : “Dan membaca seorang (ketika sujud sahwi) dengan zikir dalam sujud bagi sembahyang. Dan dihīkayatkan oleh setengah ulamak bahawa membaca seorang di dalam dua sujud itu akan سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ.

Berkata Syeikhan : Dan ialah yang layak denga keadaan.

Berkata Imam Zarkasyi : Adalah sempurna ia apabila tidak sengaja ia menghendaki bagi sujud. Maka jika dia sengaja bagi sujud sahwi itu maka tiada layāk ia dan yang layāk ialah istighfar.” (Kitab Asnal Matalib)

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Ustaz Azhar Idrus

Related articles