Hanya Satu Ayat, Jika Kita Amalkan Akan Memudahkan Masuk Ke Syurga

Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan diiringi ribuan malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.

“Syai(tan) dan ib(lis) juga menjadi gem’par kerana adanya satu alamat yang menjadi hala’ngan dalam perjuangan mereka.

“Maka, Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit رضي الله عنه iaitu penulis al-Quran supaya menulis serta menyebarkannya.

“Ayat ini disebut Ayat Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan Kursi, bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat’.

“Ia syiar kebesaran Allah سبحانه و تعالى yang menguasai meliputi tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.

SATU AYAT INI JIKA KITA JAGA, AKAN MEMUDAHKAN KITA MASUK KE DALAM SYURGA

Satu ayat ini, jika kita jaga (baca) setiap kali selesai habis solat fardhu dan setiap kali hendak tidur sebagaimana bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلاَّ أَنْ يَمُوتَ.

Maksudnya :  Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat fardhu, maka tiada apa yang menghalangnya daripada syurga kecuali kema(tian).

Cuba (amalkan) satu ayat sahaja menjaminkan kita masuk syurga. Kira-kira bagaimana jika 30 juzuk al-Quran, kata alMar’hum Syeikh Ali Jaber di dalam salah satu tausiyahnya.

Pesan syeikh lagi, Jika seandainya jika kita sibuk lagi ada urusan, ada mesyurat, ada kerjaan, urusan mendadak, tidak boleh lama-lama selepas solat.. habis istighfar langsung sahaja baca ayat Kursi.

Jadi bagaimana zikir-zikir yang lain, tidak apa-apa kata syeikh, bacalah selepas setelah itu (bangun setelah selesai solat). Asalkan kita jangan tinggalkan ayat Kursi setelah habis solat, kerana itu adalah jaminan untuk mendapatkan syurga Allah سبحانه و تعالى

SYEIKH ALI JABER DALAM KENANGAN

(3hb Feb 1976 – 14 Jan 2021)

Wahai Syeikh Yang Mulia !

Walaupun kita hanya berjumpa dalam alam maya tetapi ada beberapa Ilmu yang aku dapat melaziminya asbab melalui lisan engkau …

Terima kasih atas Ilmu mu wahai Syeikh Ali Jaber dan kami mendoakan agar engkau bahagia disana bersama Insan yang amat engkau cintai, RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

Al- Fatihah… (dibaca)

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles