Kisah Pemuda Berbangsa Arab Yang Bertemu, Berbicara Dengan Binatang ‘Al-Jassasah’ Dan ‘Dajjal’

Imam Muslim di dalam Sahihnya pada “Kitab al-Fitan wa Asyrath al-Sa‘ah, Bab Qishah A-Jasasah,” menukilkan satu kisah sahabat Nabi yang bernama Tamim Ad-Dari. Beliau adalah seorang warga Nas-rani Pales-tina yang pernah berjumpa Daj’jal dalam salah satu perjalanannya ke Jazirah Arab. Sepulangnya ke rumah, Tamim Ad-Dari berhijrah ke Madinah dan masuk Islam. Setelah berada di Madinah, dia menceritakan kejadian yang dialaminya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

 

Diriwayatkan daripada Fatimah bint Qais رضی اللہ عنھا , beliau berkata: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah صلى الله عليه وسلم memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم selesai solat, Baginda duduk di atas mimbar lalu sambil tersenyum Baginda bersabda, “Setiap orang tetaplah duduk di tempat solatnya.” Kemudian Baginda bersabda:

“Tahukah kamu kenapa aku mengumpulkan kamu semua?”

Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Demi Allah, sesungguhnya aku mengumpulkan kamu bukanlah untuk suatu khabar gembira atau khabar bu’ruk, akan tetapi aku mengumpulkan kamu kerana Tamim al-Dari, yang dahulunya seorang Nas(rani) kini telah memeluk Islam dan berbai’ah kepadaku. Ia telah mengatakan sesuatu yang pernah aku katakan kepada kalian tentang al-Masih Daj’jal. Ia mengisahkan perjalanannya kepadaku bahawa dia belayar bersama 30 orang dari Kabilah Lakham dan Judzam dengan sebuah kapal laut. Kemudian mereka terumbang-ambing oleh ombak selama satu bulan. Hingga mereka terdampar di sebuah pulau di tengah laut di kawasan tempat terbenamnya matahari. Lalu mereka berehat di suatu tempat yang dekat dengan kapal.

“Kemudian, mereka mendarat di pulau tersebut dan bertemu dengan satu makhluk yang berbu’lu lebat, sehingga mereka tidak dapat menganggarkan mana ekornya dan mana kepalanya, kerana tertutup oleh bu’lunya yang terlalu banyak.

“Mereka berkata, “Cela’ka, dari jenis apakah kamu ini.”

“Ia menjawab, “Saya adalah Al-Jassasah.”

“Mereka bertanya, “Apakah Al-Jassasah itu?”

“Tanpa menjawab soalan mereka, lalu ia berkata, “Wahai kalian, lihatlah seorang lelaki yang berada di rumah terpencil itu. Sesungguhnya ia sangat ingin mendengar maklumat daripada kalian! “

“Tamim al-Dari berkata, “Ketika ia menjelaskan kepada kami tentang lelaki itu, kami pun terkejut kerana kami menyangka bahawa ia adalah syai’tan. Lalu kami akan berangkat sehingga kami memasuki rumah tersebut, di sana terdapat seorang manusia yang paling besar (yang tidak pernah kami lihat sebelum ini) dalam keadaan terikat sangat kuat. Kedua-dua tangannya terikat ke bahunya, serta antara dua lutut dan kedua-dua mata kakinya terbelenggu dengan besi. “

“Kami berkata, “Cela’ka, siapakah kamu ini?” Ia menjawab, “Takdir telah menentukan bahawa kamu akan menyampaikan maklumat kepadaku, maka khabarkanlah kepadaku siapakah kamu ini?”

“Mereka menjawab, “Kami adalah orang-orang Arab yang berlayar dengan sebuah kapal, tiba-tiba kami menghadapi sebuah laut yang bergoncang, lalu kami terumbang-ambing di tengah laut selama satu bulan, dan terdamparlah kami di pulau ini. Lalu kami duduk di tempat yang berdekatan dengan kapal, kemudian kami masuk pulau ini, maka kami bertemu dengan seekor binatang yang sangat banyak bu’lunya yang tidak dapat dianggarkan mana ekor dan mana kepalanya kerana banyak bulunya.

“Maka kami berkata, “Cela’ka, apakah kamu ini?”

“Ia menjawab, “Saya adalah Al-Jassasah.”

“Kami bertanya, “Apakah Al-Jassasah itu?”

“(Tanpa menjawab soalan kami), ia berkata, “Wahai kalian, lihatlah seorang lelaki yang berada di rumah terpencil itu. Sesungguhnya ia sangat ingin mendengar maklumat daripada kalian! “

“Lalu kami segera menuju tempat kamu ini dan kami terkejut bercampur takut kerana menyangka bahawa ia adalah syai-tan. “

“Laki-laki besar yang terikat itu mengatakan, “Beritahu kepada saya tentang pohon-pohon kurma yang ada di Daerah Baisan?”

“Kami bertanya, “Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?”

“Ia berkata, “Saya bertanya sama ada pohon-pohon kurma itu berbuah?”

“Kami menjawab, “Ya.”

“Ia berkata, “Adapun pohon-pohon kurma itu maka hampir saja tidak akan berbuah lagi.”

“Kemudian ia berkata, “Beritahu kepadaku tentang Tasik Galilee.”

“Mereka berkata, “Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?”

“Ia bertanya, “Apakah ia masih tetap berair?”

“Mereka menjawab, “Airnya masih banyak.”

“Ia berkata, “Adapun airnya, maka hampir sahaja akan habis.”

“Kemudian ia berkata lagi, “Beritahu kepada saya tentang mata air Zugar.”

“Mereka menjawab, “Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?”

“Ia bertanya, “Apakah di sana masih ada air dan penduduk di sana masih bertani dengan menggunakan air dari mata air Zugar itu?”

“Kami menjawab, “Benar, ia berair banyak dan penduduknya bertani dari mata air itu.”

“Lalu ia berkata lagi, “Beritahu kepadaku tentang Nabi yang ummi (tidak boleh tulis baca), apa sajakah yang sudah ia perbuat?”

“Mereka menjawab, “Dia telah keluar dari Makkah dan menetap di Yathrib (Madinah).”

“Lalu ia bertanya, “Apakah ia diperangi oleh orang-orang Arab?”

“Kami menjawab, “Ya.”

“Ia bertanya, “Apakah yang dia lakukan terhadap mereka?”

“Maka kami memberitahu kepadanya bahawa Nabi itu telah menundukkan orang-orang Arab yang bersama dengannya dan mereka mentaatinya. “

“Lalu ia berkata, “Apakah itu semua telah berlaku?”

“Kami menjawab, “Ya.”

“Ia berkata, “Sesungguhnya adalah lebih baik bagi mereka untuk mentaatinya dan sungguh aku akan mengatakan kepada kamu tentang diriku. Aku adalah al-Masih Daj’jal, dan sesungguhnya aku hampir saja yang dibenarkan untuk keluar. Maka aku akan keluar dan berjalan di muka bumi dan tidak ada satu pun negeri kecuali aku memasukinya dalam masa 40 malam selain Makkah dan Thaibah, kedua-dua negeri itu terlarang bagiku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu dari negeri itu maka aku dihadang oleh malaikat yang di tangannya ada pe’dang berkilau dan sangat tajam untuk menghambatku dari kedua-dua negeri tersebut. Dan di setiap jalan-jalan yang ada di Kota Madinah terdapat malaikat yang menjaganya. “

“Fatimah berkata, “Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda sambil menghentakkan tongkatnya di atas mimbar,” Inilah Thaibah, inilah Thaibah, inilah Thaibah (maksudnya Kota Madinah). Bukankah aku sudah menyampaikan kepada kamu tentang hal itu?

“Para Sahabat menjawab,” Benar.

Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda,”Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Tamim al-Dari, kerana ia bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kamu tentang dia (Daj’jal) dan tentang Madinah dan Makkah. Ketahuilah, tempatnya (Daj’jal) terletak di laut Syam atau laut Yaman. Ia datang dari arah Timur, dari arah Timur, dari arah Timur. Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengisyaratkan tangannya ke arah Timur.”

 

والله أعلم

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
video : ML Studio

 

 

Related articles