Cara Mudah Sejukkan Rumah Dengan 3 Bahan Ini, Nyaman Selesa Tanpa Aircond

Cara mudah sejukkan rumah, nyaman tanpa aircond. Guna 3 bahan ini.

CUACA panas yang melanda di seluruh negara ketika ini dijangka akan berlanjutan sehingga bulan Ogos ini. Perubahan cuaca ini berlaku ekoran perubahan iklim Monsun Barat Daya.

Cuaca yang panas kering ini menjadikan suhu dikebanyakkan isi rumah menjadi bahang terutamanya pada waktu malam sehingga mengganggu tidur khususnya bagi kediaman yang tidak mempunyai penghawa dingin atau aircond.

cara mudah sejukkan rumah cuaca panas

Jadi untuk mengatasi masalah ini, perkongisan Husna Haron ini boleh dijadikan panduan untuk menjadikan kediaman rumah sentiasa nyaman dan selesa.

CARA MUDAH SEJUKKAN RUMAH, NYAMAN TANPA AIRCOND

“Ingat lagi dulu saya pernah tinggal di sebuah rumah sewa. Semuanya selesa tapi amat panas.

“Setiap petang balik kerja rasa macam masuk ke dalam oven, seriously panas yang amat,” ceritanya.

Namun keadaan berubah selepas menemui cara menyejukkan secara kebetulan.

“Satu pagi yang rushing anak saya tertumpah satu jag ai di tas lantai.

“Saya biarkan saja sebab dah lambat nak pergi kerja. Lampu dan kipas pun tak sempat nak tutup

“Bila balik rumah saya pelik sangat rumah rasa nyaman.

“Diringkaskan cerita rupanya air yang ditumpahkan itu tersejat dek kerana kipas setiap masa terbuka dan wap air berkumpul di sekeliling ruang tertutup rumah. Simple sangat ni,” kongsi Husna.

Oh begitu, Simple sangat ni.

Maka esok nya.. Saya ambil lah talam. Letakkan air di dalam nya dan buka kipas.

1 talam di ruang tamu
1 talam di dalam bilik tidur.

Sungguh benar. Rumah jadi sejuk.

Saya buat lah macam tu setiap hari. Wahhh selesa nya. Rasa nyaman sangat rumah tau. Simple saja..

Sampai satu peringkat, saya cuma buat waktu malam saja. Sebab memang tidur pakai kipas kan. Waktu siang dah tak buat. Alhamdulillah maintain sejuk juga rumah. Selepas air circulation dah mula stabil.

Oh ya… Nak guna talam boleh, besen pun boleh. Asalkan luas permukaan nya luas.

Simple sangat..

  • Air
  • Talam
  • Kipas

NOTA 1 :

Salin air setiap hari. Supaya tiada pembiakan jentik jentik. Atau letakkan garam juga supaya jentik jentik tak boleh hidup

NOTA 2 :

Untuk permulaan, jangan buka tingkap rumah ya.

NOTA 3 :

Sekiranya rumah anda menghadap matahari jatuh, sila lah beli bidal /pokok utk kurangkan cahaya panas tu.

Selamat mencuba

Related articles