Cara Buat Telur Masin Sedap Guna Telur Ayam Pencen

Telur masin bukan selalu kita makan, namun bagi penggemarnya lauk ini memang penambah selera ketika menikmati sesuatu hidangan.

Selain telur itik dan telur ayam biasa, telur ayam pencen juga boleh anda gunakan untuk membuatnya dirumah. Bahkan rasanya lebih sedap.

Mudah rupanya nak buat telur masin ayam pencen ni, cantik sahaja kejadiaanya. Nak makan pun sayang.

Telur ayam pencen memang tiada putih, tak ada kulit. Hanya ada kuning sahaja. bahkan telurnya tak pecah sebab ia ada selaput.

Jika anda susah nak dapatkan telur ayam pencen boleh juga buat menggunakan telur ayam biasa. Cara boleh baca di sini : Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Rasa Pun Lagi Sedap!

Mari ikuti perkongisan cara buat telur masin ayam pencen oleh Hamidah Abdul Azizini di bawah ini

CARA BUAT TELUR MASIN GUNA TELUR AYAM PENCEN

Buat guna telur ayam pencen. Memang telur dia tak ada putih, tak ada kulit. Ada kuning ni saja. Telur tak pecah sebab ia ada selaput.

telur masin ayam pencen

CARA-CARA:

1. Gunting buang semua tangkai telur.

2. Cuci dlm penapis sejat/ tapiskan dulu.

3. Masukkan telur itu dalam balang. Masukkan garam halus dan goncang-goncang manja bekas bagi garam dalam itu rata.

4. Biarkan bekas itu kira-kira dua atau tiga jam kat luar.

5. Kemudian, rebus la sebiji untuk tengok dah masin atau belum.

6. Kalau tak okay, boleh tambah garam. Dah ok boleh basuh dan tos dan masuk dalam balang.

7. Tak basuh pun tak apa tapi buang air garam dari dalam balang itu

8. Simpan dalam peti ais bawah. Bila nak makan boleh rebus macam biasa. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber/Foto: Hamidah Abdul Azizini

Related articles