7 Sebab Hilangnya Keberkatan Dan Rezeki Di Dalam Keluarga

ANTARA SEBAB HILANGNYA KE-BERKAT-AN DAN REZEKI DI DALAM KELUARGA.

( perkongsian dari Tuan Guru Syeikh Aminuddin Abdul Rahim oleh Faris Hana Ismail )

1. SERING BERGA-DUH

Usahlah berga-duh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pa-sangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan dise-kat.

2️. MERU-NGUT & MERASA ANAK-ANAK SEBAGAI BE-BAN .

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa meru-ngut dan rasa terbe-ban.

3️. SELALU MENGELUH Sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.

Kurangkan menge-luh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4️. KI-KIR & KE-DEKUT dengan pa-sangan dan anak-anak.

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik dalam keluarga. Perlu ada tolak ansur dan kesefahaman sesama pa-sangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsi bersama.

Jangan merasa rugi apabila memberi nafkah dan berbelanja buat isteri dan anak-anak serta keluarga.

5️. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMA-RAH.

Jangan me-ninggi-kan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara men-gugut dan mena-kut-na-kutkan ahli keluarga serta tanamkan layanan yang penuh mesra.

6️. KURANG SABAR.

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak.

Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.

7️. KURANG BERDOA.

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

  •  Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama .
  • Kongsikan kepada keluarga & sahabat-sahabat anda !

 

 

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Related articles